Thursday, 2024-04-25, 5:22 PM
Welcome Guest | RSS
Site menu
Our poll
Rate my site
Total of answers: 42
Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0
Main » 2009 » July » 13 » Akibat Tak "Mandi Hadas"...Mandilah hadas dgn sempurna.
Akibat Tak "Mandi Hadas"...Mandilah hadas dgn sempurna.
2:15 PM
Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki
sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatukejadian
ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampungdengannya
ketika menemui maut.

Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke
tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkembumiannya. Semasa jenazah itu
sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitusepi sekali.
Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk
dikebumikanjenazahnya.

Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan
menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad
tersebut.

Apabila sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka
mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka
begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama
bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu.
Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan
tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad,
menunggu mayat dikebumikan.

Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut
tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam
mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu
tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang
memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang
memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu
liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan
bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap di gali dan para
jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan
keranda perlahan-lahan.

Alangkah terkejutnya mereka apabila di dapati binatang ganjil itu sudah
pun berada di dalam lubang itu.
Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum
kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan
binatang tersebut.

Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut Bila
satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi
itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan

dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang
berada di tanah perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada
perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya? Isteri
lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang
baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu
tidak pernah menyucikan dirinya dengan 'mandi hadas'setiap kali selepas
melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/Besar)
apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat
dari neraka.

Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam.
Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tetapi ketahuilah
azabnya tidak kurang pedih dan kalau hendak merasa...
sila-silakanlah..
Views: 2171 | Added by: Njibeng | Rating: 0.0/0 |
Total comments: 1
1 Xbzjeo  
0
order atorvastatin 20mg online <a href="https://lipiws.top/">atorvastatin 40mg ca</a> order atorvastatin 80mg pill

Name *:
Email *:
Code *:
Login form
Search
Calendar
«  July 2009  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031
Entries archive
Site friends
  • Create your own site


  • MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com