Di
era akhir zaman ini, nafsu manusia semakin rakus. Tidak cukup dengan
pelbagai juadah yang sedia ada. Mereka sentiasa tercari-cari dan terus
mencari selera yang pelbagai. Baru-baru ini kita telah digemparkan oleh
akhbar Metro dengan kisah "sup janin". Tidak pernah terfikir oleh kita bahawa ada segelintir manusia tidak berperikemanusian yang sanggup melakukan tindakan yang sedemkian.
Adalah dimaklumkan bahawa mereka sanggup berbuat
demikian demi untuk menguatkan tenaga shahwat. Masih tidak cukupkah
lagi dengan khasiat tongkat ali, ikan belacap, gambir sarawak dan
sebagainya. Kini janin yang tidak berdosa pula menjadi pilihan
penggemar penguat tenaga seks.
Tabiat dan amalan ini tidak ubah seperti
perlakuan canibal (manusia makan orang). Cuma bezanya mereka ini
tinggal di bandar-bandar (jika dibandingkan dengan canibal yang tinggal
di dalam hutan).
Nampaknya semakin kita menghampiri penghujung dunia, semakin banyak perkara dan peristiwa pelik yang
berlaku. Adalah tidak mustahil jika pada suatu hari nanti kita akan
melihat terdapatnya manusia yang memakan daging manusia secara
terang-terangan di bandar-bandar besar. Berdoalah kepada Yang Maha Esa
agar kita tidak berada di zaman tersebut.
Semua perkara yang baik itu datangnya dari Allah
SWT, manakala yang buruk dan lemah itu datangnya dari kesilapan kita
sendiri sebagai umat manusia. Bersamalah kita berusaha memperbaiki
amalan kita setiap hari, semoga menjadi insan yang mendapat kejayaan di
dunia dan di akhirat, insya Allah.
“Apabila
terjadi hari khiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenai
kejadiannya. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan
golongan yang lain. Apabila bumi digoncang sedasyatnya dan gunung
dihancur luluhkan sehancurnya, maka jadilah debu yang berterbangan.”
(Sural al-Waqiah, ayat 1-6)